pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tak Rasmi: BN Kekal Di Sungai Besar, K.Kangsar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Par...

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.
Di Sungai Besar, kiraan tidak rasmi setakat ini menunjukkan BN adalah 16,691 undi manakala PAS memperoleh 6,902 undi dan Amanah 7,472 undi.
Kiraan tidak rasmi menyaksikan BN menang dengan majoriti 9,215 undi.
Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 399 undi.
Bernama melaporkan kiraan tidak rasmi di Kuala Kangsar setakat ini adalah 12,538 undi untuk BN, PAS mendapat 5,660 undi dan Amanah (4,889) serta Bebas (43).
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang dengan majoriti 6,878 undi.
PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (BN); Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).
PRK Kuala Kangsar pula empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top