pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wanita Maut Di Gilis Lori Selepas Jatuh Motosikal
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seorang wanita warga Kemboja maut akibat digilis sebuah lori membawa muatan besi setelah terjatuh daripada motosikal yang ditu...

KUANTAN: Seorang wanita warga Kemboja maut akibat digilis sebuah lori membawa muatan besi setelah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata ketika kejadian pukul 6.09 petang itu, mangsa Patriah Asri, 22, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tas di sini selepas tamat bekerja di kilang papan di Sungai Lembing.

Rakan mangsa Asiah Ali, 33, rakyat tempatan yang membonceng motosikal itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan kerana kakinya tersangkut pada tempat letak kaki semasa jatuh, katanya.

"Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan semasa melalui bahu jalan berturap yang dilapisi lambakan pasir menyebabkan mangsa terjatuh ke sebelah kanan jalan dan pada masa sama lori yang berada di lorong kiri jalan sama tidak dapat mengelak.

"Kejadian menyebabkan mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah digilis dari bahagian tengah badan menyebabkan badannya terputus dua dan bahagian bawah badan hancur," katanya di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata pemandu lori Mohd Zaidi Mohamad @ Moh Daud, 42, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga tidak mengalami kecederaan.

Polis, katanya telah mengambil sampel darah dan air kencing pemandu lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top