[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Ahmad Said Di Lantik Ketuai Perkasa Terengganu

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memutuskan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Ahmad Said yang meletakkan jawatan MB dua tahun lalu kini dilantik Yang Dipertua Perkasa Terengganu.
“Datuk Ismail Samah, YDP sebelum ini secara sukarela memberi laluan dan mahu Ahmad Said mengambil ali jawatan sebagai YDP Perkasa Terengganu dan sokongan sebulat suara telah diterima oleh Majlis Pimpinan Perkasa Terengganu,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan semalam.

“Sama-samalah kita berdoa semoga Perkasa Terengganu akan bangkit membawa obor perjuangan Perkasa demi agama, bangsa dan negara,” jelasnya.
Semalam, MB Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman membuat kejutan apabila menyenaraikan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam perubahan portfolio membabitkan enam Exco negeri.
Pelantikan itu dilihat usaha membawa kembali Ahmad Said yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal hampir dengan jentera eksekutif negeri. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]