pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bas Persiaran Dari Cameron Highlands Terbabas !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH:  Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keram...

IPOH: Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keramat Pulai di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands semasa insiden berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.
"Siasatan awal menunjukkan pemandu bas berusia 58 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan bas terbalik.
"Bas itu melalui laluan bertentangan sebelum terbabas di longkang tepi jalan," katanya.
Pelancong yang menaiki bas itu dari Perancis, New Zealand, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Romania, Kanada, Mexico, Jerman dan United Kingdom. 
Kebanyakan mereka mengalami cedera ringan.
Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top