Budak Cedera Di Libas "Helikopter" Kawalan Jauh


ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera di bahagian kepala apabila terlibas helikopter kawalan jauh dalam satu pameran yang diadakan di padang Pekan Kampung Lalang, Baling pada Sabtu.
Mangsa Muhammad Ammar Izzudin dari Kampung Charok Bunting dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 6 petang selepas kejadian itu berlaku bagi menerima jahitan.
Bapanya yang mahu dikenali sebagai Zamri kelihatan agak tertekan dan menolak untuk ditemuramah media ketika ditemui di hospital.
Difahamkan, sewaktu kejadian Muhammad Ammar sedang leka menonton beberapa model kapal terbang sebelum kejadian tersebut berlaku. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]