pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dakwaan Guling PM, Laporan Polis Akan Di Teliti !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Bukit Aman mahu meneliti asas laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaan t...

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mahu meneliti asas laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung dakwaan terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, sebelum melaksanakan langkah seterusnya, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Laporan yang dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ketua Polis Negara berkata, pihaknya belum merakamkan kenyataan pengadu.
"Kita mahu tahu asas laporan itu terlebih dahulu.
"Kita masih belum memanggil ketiga-tiga individu untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Dilaporkan, Naib Ketua Pemuda Umno itu membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Khairul menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.
Beliau turut mendakwa bahawa dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.
Zeti dan Abu Kassim berkata, mereka sedang berunding dengan peguam berhubung dakwaan konspirasi yang dibuat Khairul Azwan, manakala Gani menyifatkan laporan polis itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, July 28, 2016 7:39:00 PM

Mana kharil ni tahu najib nak diguling2kan..atau memang dia serba tahu kerana nak orang tahu yg di bela najib..

 
Top