pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hormati Keputusan Ahmad Husni, Henti Spekulasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Keputusan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO tida...

KUANTAN: Keputusan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO tidak seharusnya dipolitikkan atau menimbulkan pelbagai spekulasi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Beliau berkata setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu.  

"Beliau (Ahmad Husni) telah lakukan tugas yang baik dan sekarang memilih untuk berundur. Berundur ini banyak sebabnya...kita tak usah nak viral, spekulasi atau buruk sangka.  

"Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kitapegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan," kata Menteri Besar Pahang itu pada Khamis.


Pada Isnin, Ahmad Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan hanya mengekalkan jawatan Anggota Parlimen Tambun manakala pada Jumaat sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Adnan turut menyifatkan tindakan pembangkang yang membesar-besarkan isu peletakan jawatan Ahamd Husni sebagai 'tindakan biasa yang tidak perlu dihairankan kerana sudah menjadi lumrah sebagai pembangkang'.  

Menteri besar Pahang itu menambah apa yang seharusnya menjadi keutamaan Umno adalah memastikan pengganti Ahmad Husni dapat meneruskan dan melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang telah dicorakkan beliau.  

"Umno juga tidak akan bermasalah. Jika dilihat sejarah parti, Umno telah melalui pelbagai krisis sebelum ini. Kita hanya perlu pandang ke depan, fokus dan bertahan...Mereka yang pandang ke belakang memang akan ketinggalan.  

"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku tapi siapa yang bolehbersabar, bertahan dan dapat mengatasi segala cabaran, merekalah yang akan bertahan," katanya. 

Mengulas pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin danbekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada 
UMNO  pada Jumaat lalu, Adnan berkata tindakan itu membuktikan tiada siapa mengatasi peraturan dan undang-undang parti. 

Sebagai sebuah parti yang memerintah, 
UMNO  juga perlu menunjukkan contoh dankomitmen terhadap undang-undang yang didukungnya kepada parti lain, khususnya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN), tambahnya.  

"Saya harap Muhyiddin dan Mukhriz dapat menerima tindakan itu dengan hatiyang terbuka dan dalam politik UMNO, tidak pernah tiada persengketaan. Ini adalah cara kita belajar dan menjadikan politik Umno semakin matang," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top