pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jurutera Di Bunuh Gara-Gara Pikat Kekasih Orang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempuny...

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan dan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi semalam.

"Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu," katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua pasangan itu direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top