pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemalangan Maut, Di Seluruh Pahang Meningkat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN :  Ops Selamat 9/2006 bagi negeri ini mencatatkan 307 kemalangan dengan 10 maut sementara 6,082 saman dikeluarkan atas pelbaga...

KUANTAN:  Ops Selamat 9/2006 bagi negeri ini mencatatkan 307 kemalangan dengan 10 maut sementara 6,082 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam tempoh lima hari pertama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 317 kemalangan dengan sembilan maut dan 3,458 saman.

Menurutnya, polis memandang serius perkara itu dan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan.

Katanya, dua pemandu lori dan seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah melalui ujian air kencing selepas ditahan dalam sekatan di Raub, kelmarin.

“Kami juga melakukan operasi di beberapa laluan utama kenderaan berat termasuk bas ekspres sepanjang tempoh Ops Selamat yang berakhir 13 Julai ini.

“Sebanyak 30 laluan panas di seluruh daerah dikenal pasti berdasarkan statistik kemalangan tahun lalu dengan tiga yang utama iaitu laluan Rompin-Nenasi, Pekan-Kuantan dan Raub berdekatan Sungai Koyan.

“Rondaan juga dibuat di laluan bukan dalam lokasi panas menerusi 256 pegawai dan anggota yang bertugas,” katanya di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Pahang, baru-baru ini. #sumber

 

Advertisement

Post a Comment

 
Top