pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes Kecurian Kabel TM Di Pahang Makin Menurun
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) Berhad di negeri ini mencatatkan penurunan  lebih 50 peratus berbanding tahun lalu. ...

KUANTAN: Kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) Berhad di negeri ini mencatatkan penurunan  lebih 50 peratus berbanding tahun lalu.

Pengurus Besar TM Pahang,  Zulfikri Hashim berkata, kes kecurian kabel menunjukkan penurunan yang ketara terutamanya di kawasan Pahang barat meliputi kawasan Raub dan Bentong.

Menurutnya, pada tahun 2015,sebanyak 800 kes kecurian dilaporkan, namun pada enam bulan pertama tahun ini tidak sampai 300 kes yang telah dilaporkan.

“Saya difahamkan pencuri kabel di negeri ini telahpun dibuang daerah,dan seramai tujuh orang  di daerah ini juga menerima hukuman yang sama tahun ini.

“Mungkin disebabkan tindakan buang daerah itu, kes kecurian ini menurun, bagaimapun  pihak kami berharap agar angka kes kecurian ini terus menurun dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TM Berhad di Rumah Tamu Taman Gelora di sini, hari ini.

Zulfikri berkata, kegiatan curi kabel ini biasanya dilakukan oleh penagih dadah yang menjadikan lokasi sekitar mereka di Tanjung Lumpur, Lepar dan Seri Damai untuk melakukan kegiatan tersebut.

Justeru itu, beliau berharap pemantauan berterusan dari polis dan TM dapat mengekang aktiviti jenayah ini dari berterusan.

“Kita juga berharap agar orang ramai menghubungi polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, antara hasil usaha yang dilakukan TM adalah menukar ganti kabel sedia ada kepada kabel optik selain menambah ketinggian tiang kabel dan mengubah daripada sistem ‘overhead’ kepada sistem  bawah tanah.

Dia juga meminta lebih ramai individu atau pertubuhan tampil secara sukarela untuk membantu pihaknya membanteras kegiatan curi kabel. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top