pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lelaki Mahu Jadi "Gigolo" Kena Tipu Di Kuantan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Hasrat seorang lelaki untuk memperoleh wang segera dengan menjadi gigolo berkecai apabila dia sebaliknya ditipu sebanyak RM2,...

KUANTAN: Hasrat seorang lelaki untuk memperoleh wang segera dengan menjadi gigolo berkecai apabila dia sebaliknya ditipu sebanyak RM2,500.

Choo, 37, berkata dia memerlukan wang untuk memenangi semula hati teman wanitanya selepas mereka bergaduh.

Dia akhirnya bertindak berurusan dengan 'ejen escort lelaki' yang diperkenalkan oleh kawan-kawannya.

"Ejen ini yang bernama Kent memberitahu, saya boleh menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa tiga jam," kata Choo di pejabat Adun Teruntum, Sim Chon Siang di sini pada Jumaat.




Walau bagaimanapun, Choo diminta mendepositkan RM1,000 ke dalam akaun bank ejen sebagai yuran pemprosesan dan RM1,500 lagi sebagai bayaran pencarian.

Choo diberitahu bahawa pelanggan pertamanya adalah seorang pengurus bank berusia 35 tahun, tetapi apabila dia muncul di hotel untuk temujanji itu pada pukul 2.45 pagi pada 3 Julai, tiada siapa yang berada di sana.

"Saya cuba menghubungi Kent tetapi dia telah menyekat panggilan saya. Saya kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu. Saya hanya mahu Kent kembalikan wang saya," katanya.

Sim menasihatkan Choo supaya membuat laporan polis kerana dia adalah mangsa penipuan.

Sim juga berkata pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan bahawa akaun bank Kent telah didaftarkan sebagai sebuah kedai pakaian dan aksesori di Kuala Lumpur.

"Ini mungkin satu sindiket menipu ramai lelaki," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top