pahangdaily pahangdaily Author
Title: Monspace Sky Airlines Tak Patut Dibenar Terbang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG:  Monspace Sky Airlines tidak sepatutnya dibenarkan terbang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Ini...

BENTONG: Monspace Sky Airlines tidak sepatutnya dibenarkan terbang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.



"Ini adalah kesalahan yang sangat serius. Bagaimana anda boleh terbang tanpa lesen?," kata Tiong Lai kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya di kawasan Parlimennya di sini Isnin.




Monspace Sky Airlines, yang didakwa beroperasi di bawah Suasa Airlines Sdn Bhd telah melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Subang ke Langkawi pada Ahad.




Bagi mempromosikan jenamanya, beberapa personaliti terkenal telah dijemput untuk menaiki penerbangan sulungnya itu.

Menurut Tiong Lai, Suasa Airlines telah beroperasi tanpa mendapat permit perkhidmatan udara yang sah (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).




Beliau berkata walaupun Suasa Airlines telah menerima 'kelulusan teknikal' daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam bentuk Sijil Operator Udara (AOC), ia tidak memberikan kuasa kepada syarikat itu untuk memulakan penerbangan.




"Melihat situasi ini, ia membuatkan saya sangat risau dengan cara Suasa Airlines menggunakan penerbangan Monspace untuk terbang," kata Tiong Lai, sambil menambah apa yang berlaku ini membuatkan AOC yang diberikan berisiko dibatalkan oleh DCA.

Tiong Lai berkata beliau telah mengarahkan Mavcom untuk menyiasat perkara itu dan membuat laporan polis, sambil menambah DCA akan meminta Suasa Airlines memberikan penjelasan.

Dalam tindakan segera, DCA berkata ia akan mengeluarkan suatu perintah untuk Suasa Airlines menjelaskan mengapa ia telah menggunakan nama 'Monspace Suasa Airlines' untuk pesawatnya dan laman web www.monskyways.com . #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top