pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mufti Pahang Dakwa Tak Maksud Angkat Senjata !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman, yang dikritik kerana menggelas bukan Islam menentang undang-undang syariah se...
PETALING JAYA: Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman, yang dikritik kerana menggelas bukan Islam menentang undang-undang syariah sebagai kafir harbi, berkata beliau tidak bermaksud mereka perlu dibunuh.
Beliau berkata kenyataan memerangi kafir harbi itu bukan dalam konteks mengangkat senjata, dan boleh juga dikenakan terhadap orang Islam yang menentang prinsip Islam.
“Sebagai Muslim, kita bertanggungjawab untuk mengisytiharkan jihad terhadap kafir harbi. Dalam konteks ini, jihad tidak semestinya bererti mengangkat senjata dan pergi berperang.”
Katanya, jihad bermaksud melawan ideologi melalui perdebatan dan hujah.
Abdul Rahman menambah, tidak masuk beliau mahu mencetuskan huru-hara kerana beliau juga punyai kawan bukan Islam.
Mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya, Abdul Rahman berkata itu adalah hak masing-masing.
Beliau menambah, bukan Islam tidak perlu khuatir mengenai usul memperkasa mahkamah syariah kerana ia tidak melibatkan mereka.
Katanya, mengaitkan kenyataannya dengan ideologi IS juga tidak masuk akal.
Abdul Rahman sebelum ini enggan menarik balik atau memohon maaf di atas kenyataannya.
Semalam, polis berkata beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan akibat kenyataannya itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top