pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib Akan Terus Istiqamah Laksanakan Tugasnya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor ...

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.  

"Tidak ada apa-apa, semua macam biasa... saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia," katanya. 

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 

Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar pada Sabtu. 

Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. 

Turut berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda.  




Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu padamajlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau. 

"Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.

"Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa," kata Najib.  

Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi arab, kambing bakar, puding raja, dan sate di 165 gerai yang disediakan di kawasan itu. 

Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu. 

Selain pelbagai juadah, mereka dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datin Alyah, Ameng Spring, Azlan Typewriter dan pengacara Sharifah Shahirah serta Karl Shafiq. 

Paling istimewa, mereka turut berpeluang mendengar persembahan nyanyianTengku Abdullah dengan dendangan lagu 'Butakah Cinta' yang dipopularkan oleh kumpulan Spring. 

Tengku Abdullah yang menyambut ulang tahun ke-57 keputeraan pada hari ini juga diberi kejutan dengan acara memotong kek serta nyanyian lagu ulang tahun kelahiran oleh para tetamu.  

Pada majlis itu, Najib meraikan 100 bakal haji dari Parlimen Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Terdahulu, Perdana Menteri bertemu dan menyampaikan amanat kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia pada majlis yang diadakan secara tertutup di Ancasa Royale di sini. 

Ketibaan Najib pada pukul 10.05 pagi disambut Pengerusi Biro IT Umno DatukAhmad Maslan dan beliau berada kira-kira 30 minit untuk bersama-sama dengan perwakilan yang menghadiri pemukiman itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, July 31, 2016 11:56:00 AM

Istiqamalah jib sementara peluang masih diberikan tuhan..

 
Top