pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS: Najib Belum Di Dakwa, Tidak Perlu Bercuti !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu...
PETALING JAYA: PAS tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.
“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.
“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya.
uan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan “nasihat” Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Guan Eng didakwa atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.
Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat Dr Zuhdi Marzuki berkata kenyataan Haron itu tidak menunjukkan sebarang ‘double standart’.
“Sekiranya Najib didakwa ke mahkamah seperti yang dihadapi Guan Eng, beliau juga harus bercuti sementara kesnya dibicarakan. Tiada double standard,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, July 04, 2016 7:14:00 PM

haron Din sama Hadi awang sudah main sama pelacor ke belum...ke cuti bulan puasa nie.sambung lagi selepas raya...

Anonymous said... Tuesday, July 05, 2016 1:40:00 AM

Bezanya Najib tak akan didakwa... Peguam Negara ada berani ke?

Anonymous said... Tuesday, July 05, 2016 4:55:00 AM

Sekoq lagi sereban besaq besora guna otak tapi tak guna akai memang la Najib tak payah pi cuti kerana dia belun didakwa di mahkamah yang jadi benggongnya tok sereban besaq ni hang kena pi tanya najib pasai apa dia takut sangat nak masok mahkamah hingga sampai kerah semua jabatan suruh ikut peroentah dia.walaupun satu dunia dah tau yang dia tu penipu.

Anonymous said... Tuesday, July 05, 2016 6:31:00 AM

bolo punya olang...sikola tatak...kasi susa sama olang..

Anonymous said... Tuesday, July 05, 2016 12:09:00 PM

Nak tunggu sampai bila baru nak dakwa najis..bukti bertimbun2 di bagi..peguam negara buta..

DC said... Tuesday, July 05, 2016 3:48:00 PM

Pemimpin Melayu Umno/Pas sama saja...bila boss cakap, anak buah wajib sokong..lebih bagus jika dapat cari dalil yg sesuai sebagai alasan...yg penting, jangan lawan aruss..
Kepentingan parti lebih utama, islam dok dibelakang parti??

Boley Jalan said... Tuesday, July 05, 2016 4:43:00 PM

Memang dasar parti PAS, Parti Ampu Saja.......kah kah kah! Bodoh tak boleh nak ajar dah!

Anonymous said... Wednesday, July 06, 2016 10:38:00 AM

Masa siasatan dulu kenapa tak desak?..Apandir dah lepaskan ajib baru nak bersuara tak desak..ulamak nih tak pas periksa..

 
Top