pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar Kolej Maut, 'Kereta Terbakar' Di Plaza Tol !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Plaza Tol Loke Yew menghala ke Pan...
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Plaza Tol Loke Yew menghala ke Pandan Jaya di sini, hari ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Shafie Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi selepas pelajar itu Rhaveen a/l Sugumaran, 19, yang sebelum itu menumpangkan ibunya ke Jalan Pantai Baharu, meneruskan perjalanan menuju ke kolejnya di Kuchai Lama.

Katanya pelajar itu yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dipercayai berada di laluan kanan plaza tol berkenaan sebelum cuba memotong sebuah kereta untuk ke laluan kiri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top