Pemuda PAS Membantah Konsert Salena Gomez !



PETALING JAYA: Pemuda PAS membantah penganjuran konsert bintang pop antarabangsa, Salena Gomez yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Pengerusi Lajnah Dakwahnya, Hafez Sabri berkata, kemunculan artis kelahiran Amerika Syarikat yang sering berpakaian seksi itu akan mencemarkan kemuliaan Syawal yang sedang diraikan umat Islam.

"DPPM juga merakamkan rasa kesal dengan kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert ini. Kemunculan artis ini akan menghidupkan lagi budaya hedonisme di kalangan generasi muda di negara kita," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu Hafez menggesa tindakan proaktif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi menyekat kehadiran Gomez yang dianggap boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Kerajaan atau pihak berkuasa sepatutnya perlu lebih tegas dan cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert.

"Kerajaan digesa agar merujuk dan menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan yang diterbitkan oleh Jakim dan diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam kelulusan sebarang penganjuran konsert," katanya.

Kehadiran Gomez buat pertama kali di Malaysia merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia "The Revival Tour" yang bermula di Amerika Syarikat, Mei lalu. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Boley Jalan said...

Kah kah kah......ye na poooooodah! Gst, Pilehanraya bersih derma tok arab ke najis nkorang tak lawan pon......konsert yg nko sebok, rosaknya aqidah Pas bawah hj hadi!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]