pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penduduk Nampak, Bumbung & Dinding Terbang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MARAN:  "Selama 40 tahun menetap di Jengka 6, ini pertama kali ribut kuat melanda kami, setakat ini," Kata penduduk Ahmad Talh...

MARAN:  "Selama 40 tahun menetap di Jengka 6, ini pertama kali ribut kuat melanda kami, setakat ini," Kata penduduk Ahmad Talha Sulaiman, 44.

Dalam keadaan kelam kabut semalam beliau menyaksikan bumbung dan dinding rumah jiran terbang dan tercabut serta ada yang ditimpa pokok.

"Waktu kejadian saya berdiri depan pintu bersama isteri dan anak-anak. Yang kami ingat hanya zikir dan memohon perlindungan dari ALLAH SWT," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib mengesahkan terima berita ribut melanda Jengka 6, jam 1 pagi, tadi.

Menurutnya, beliau menerima panggilan telefon daripada wakil penduduk memaklumkan kejadian itu dan sedang mendapatkan maklumat penuh mengenai fakta kejadian.

"Ya. Saya terima maklumat dan akan ke sana petang ini dari Putrajaya," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top