pahangdaily pahangdaily Author
Title: Peniaga Di Jengka, Engkar Skim Kawalan Harga !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MARAN:  Tinjauan di Bandar Pusat Jengka di sini, mendapati rata-rata peniaga tepi jalan menjual ayam standard melebihi kadar ditetapka...

MARAN: Tinjauan di Bandar Pusat Jengka di sini, mendapati rata-rata peniaga tepi jalan menjual ayam standard melebihi kadar ditetapkan Skim Kawalan Harga Runcit Barangan Terkawal Musim Perayaan 2016.

Beberapa gerai dengan label khemah Pasar Tani yang menempatkan pekerja bukan warga negara itu menjual pada harga RM9 dan RM9.50 sekilogram untuk ayam standard iaitu ayam yang disembelih dan dibersihkan beserta kepala, kaki dan hempedal dan mana-mana bahagian.

Sedangkan skim yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga runcit maksimum ayam standard adalah RM7.10 dan RM7.90 (ayam standard) untuk Daerah Maran.

Skim itu berkuatkasa 16 jun lalu sehingga hari raya pertama.

Selain meletakkan harga tinggi, peniaga turut gagal meletakkan tanda harga bagi barangan kawalan yang lain seperti tomato dan cili merah yang boleh menimbulkan kekeliruan pembeli.

Penduduk, Md Shah Kasim, 50, dari Felda Jengka 11 berkata, beliau memilih untuk membeli di pasar raya berbanding gerai tepi jalan kerana harga ditawarkan tidak terkawal.

"Beli di pasar raya lebih berpuas hati sebab ada tanda harga dan lebih rendah berbanding di luar. Kalau di luar peniaga kata harga musim raya kena naik lagi," katanya.

Sementara itu, Mohd Zahid Idris, 46, berasal dari Kuala Lumpur juga tidak berpuas hati dengan harga ditawarkan peniaga tepi jalan menyebabkan beliau memilih untuk membeli keperluan perayaan di pasar raya berdekatan.

"Lebih baik beli di pasar raya berbanding di gerai tepi jalan sebab harga di sini terkawal. Setiap kali raya macam ni. Sebab tu saya tak beli di gerai. Selalu juga dengar rungutan kawan-kawan yang beli di luar kata mahal," katanya.

Sinar Harian turut membuat tinjauan di pasar raya terdekat dan rata-ratanya mendapati harga mengikut piawaian ditetapkan KPDNKK.

Pemilik pasar raya turut meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan senarai barangan harga kawalan dan tidak.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Tuan Mohd Roslan Mahayudin ketika dihubungi berkata, orang ramai boleh membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan menerusi talian hotline KPDNKK 1800 885 800
 atau merujuk laman web KPDNKK di www.gov.kpdnkk.my.  
 #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top