pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penyanyi, Herman Tino Sertai Semula Parti UMNO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Penyanyi Dangdut Herman Tino yang pernah dipecat daripada UMNO selepas bertanding atas tiket bebas, semalam pulang ke pangku...
SHAH ALAM: Penyanyi Dangdut Herman Tino yang pernah dipecat daripada UMNO selepas bertanding atas tiket bebas, semalam pulang ke pangkuan parti.
“Saya sedar adalah satu kesilapan apabila bertanding atas tiket bebas menentang UMNO .
“Saya tidak mahu ingat lagi kisah lama dan berjanji akan pandang ke hadapan membantu Umno seperti lirik dalam lagi saya ‘mengapa dikenang mengapa difikir’,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2013, Herman yang nama sebenarnya Marsun Tamsi, bertanding di Tanjung Karang menentang Pengerusi UMNO  Selangor Tan Sri Noh Omar dan calon PAS, Mohamad Rashdi Deraman.
Noh menang dengan majoriti 4,394 mengalahkan PAS, manakala Herman hilang deposit selepas meraih 340 undi.
Semalam, Herman menyerahkan borang penyertaan UMNO  kepada Noh, sambil berkata beliau masih sayangkan UMNO .
“Saya juga minta maaf jika ada kata-kata kurang enak dan tidak menyenangkan, termasuk kata-kata ‘saya tidak suka mu’ kepada Tan Sri Noh.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top