pahangdaily pahangdaily Author
Title: Premis "Proses Ayam Tanpa Lesen", Kena Serbu !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Raub menyerbu sebuah premis memproses ayam yang beroper...

RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Raub menyerbu sebuah premis memproses ayam yang beroperasi tanpa lesen di daerah ini.

Ketuanya, Abdul Mubin Ahmad berkata, pemeriksaan disertai enam anggota penguat kuasa itu mendapati, premis terbabit tidak mempunyai lesen dan ia membabitkan kesalahan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Pihak kami turut merampas ayam proses di premis itu dengan nilai rampasan sebanyak RM1,343.

“Jika sabit kesalahan, pemilik boleh didenda sebanyak RM1 juta atau tiga tahun penjara,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu juga pihaknya turut menerima banyak aduan melibatkan kenaikan harga barangan di pasaran.

Menurutnya, kebanyakan pengguna hanya bersikap reda dan mendiamkan diri biarpun berkali-kali ditipu tanpa membuat laporan kepada KPDNKK.

“Pengguna sepatutnya melaporkan terus perkara itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top