pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rokok Seludup Dalam Kereta Dan Stor Di Rampas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tindakan warga emas menyorokkan rokok seludup di dalam stor di belakang rumah dan bonet kereta akhirnya mengundang padah kepa...

KUANTAN: Tindakan warga emas menyorokkan rokok seludup di dalam stor di belakang rumah dan bonet kereta akhirnya mengundang padah kepadanya apabila berjaya dikesan pasukan polis Marin dalam serbuan di Kampung Baru, Gambang, petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang yang diketuai Inspektor Mohd Haniff Omar bersama lima anggota itu menjumpai beberapa kotak berwarna coklat berisi beberapa karton rokok dipercayai rokok seludup pelbagai jenama berjumlah 1,316 karton dengan nilai keseluruhan RM250,280.

Ketua Bahagian Operasi dan Risik, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Deputi Superintendan Mohd Khairuddin Jamal berkata, bertindak di atas maklumat orang ramai dan risikan selama seminggu di lokasi tersebut, pihaknya berjaya merampas rokok-rokok berkenaan.

“Ketika serbuan di rumah suspek, kita tidak menjumpai apa yang mencurigakan, namun pemeriksaan di stor di belakang rumahnya berjaya menjumpai beberapa karton rokok.

“Malah hasil pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kereta jenis Nissan Sunny milik suspek turut menjumpai pelbagai jenis rokok di dalam bonet belakang dan tempat duduk penumpang,”katanya kepada media pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, kesemua rokok tersebut dirampas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top