pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sebanyak 132 Buah Rumah Rosak, Di Landa Ribut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Sebanyak 132 rumah dari empat kawasan taman perumahan dan lapan kampung di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut peta...

TEMERLOH: Sebanyak 132 rumah dari empat kawasan taman perumahan dan lapan kampung di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Husein berkata pihaknya mendapat panggilan lebih kurang 5.45 petang semalam dan kerugian dianggarkan lebih RM700,000 setakat ini.

"Daripada jumlah itu, 15 rumah mengalami kerosakan teruk seperti bumbung rumah tercabut kerana diterbangkan angin kuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hashnuddin berkata kawasan yang dilanda ribut adalah Kampung Tualang, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik, Kampung Batu Satu, Kampung Haji Ali, Kampung Paya Dalam, Kampung Lompat, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Taman Chengal dan Taman Bahagia.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya bersama agensi berkaitan masih meneruskan bancian bagi mendapatkan jumlah sebenar rumah yang rosak akibat kejadian ribut itu.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Keselamatan Daerah antara yang turut terlibat dalam operasi menyelamat dan bancian itu selain bomba. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top