pahangdaily pahangdaily Author
Title: Selena: Azmin Ali, Seksi Itu Adalah Ciptaan Tuhan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membatalkan konsert Selena Gomez, selagi penganjur dan penyanyi terkenal itu boleh me...
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membatalkan konsert Selena Gomez, selagi penganjur dan penyanyi terkenal itu boleh mematuhi semua syarat ditetapkan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipetik Sin Chew Daily berkata, setahu beliau, permohonan yang dikemukakan penganjur konsert itu 10 hari lalu akan diluluskan Majlis Bandaraya Shah Alam jika pihak terbabit boleh mematuhi semua peraturan ditetapkan.
“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” soalnya ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam, petang ini.
Jawapan Azmin itu menyebabkan semua wartawan yang hadir di sidang media itu ketawa.
Ditanya jika beliau mengenali Selena, Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau tidak kenal penyanyi terkenal itu.
Semalam, Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert bintang pop remaja itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini, kerana mendakwa ia merosakkan akidah umat Islam.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.
Beliau berkata, kerajaan perlu merujuk Garis Panduan Hiburan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert.
Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu. Sebelum ini, konsert Selena di Kuala Lumpur pada 2014 terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan.

Advertisement

Post a Comment

Unknown said... Thursday, July 21, 2016 9:27:00 AM

Salam para POKERMANIA....
Dalam Event Ulang Tahun Poker99.net situs poker online terbaik & terpercaya mengadakan
Hot Promo Poker99.net Edisi Ramadhan :
- Bonus Extra Deposit 10% ( Max 50Ribu )
- Dalam 1 hari bonus hanya di berikan 1 kali
- Maksimal bonus yang di berikan 50.000 / hari
- Pengambilan bonus harus di konfirmasi ke live chat terlebih dahulu
- Minimal turn over harus mencapai 3x dari nilai deposit anda
NB : jika ada terdapat unsur kecurangan maka bonus akan kami tarik kembali

Mari segera daftarkan diri anda dan nikmati bonus deposit nya setiap hari :)
LINK >>> http://poker99.co/

Jangan Lupa Memberitahukan Promo Menarik ini kepada Kerabat Anda.
Silakan hubungi kontak kami di :
WEB : http://poker99.net/
LINK ALTERNATIF : http://kartu99.net/
LIVECHAT : http://bit.ly/1TTxFqq / http://bit.ly/1WCbo4A
FB : http://bit.ly/1TP3NJ2
PiN BB : 5C0356AE
WA : +669 8314 500
YM : Poker99_cs1

 
Top