pahangdaily pahangdaily Author
Title: Selenggara Kes Bocor, PAIP Beli 11 Jengkaut Mini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) sudah menerima 11 unit jengkaut mini berharga RM1.2 juta yang akan digunakan untuk kerja pen...

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) sudah menerima 11 unit jengkaut mini berharga RM1.2 juta yang akan digunakan untuk kerja penyelenggaraan paip pecah dan bocor di seluruh negeri ini. 

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, Nurul Farhana Abdul Hamid (foto), berkata penggunaan jentera itu dapat menjimatkan kos selain mempercepatkan kerja penyelenggaraan. 

Katanya, jengkaut mini digunakan dalam operasi membaikpulih kerosakan paip kecil dan sederhana menjadikan proses menggali dan menimbus tanah menjadi lebih cepat dan mudah di samping mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

Sebelum ini, beliau berkata, PAIP hanya menggunakan jengkaut untuk membantu kerja membaiki kerosakan paip tetapi beberapa kelemahan pada jentera itu menyebabkan pihak pengurusan memutuskan untuk membeli jengkaut mini. 

"Penggunaan jentera baharu ini mampu menjimatkan kos, ..sebelum ini, kita terpaksa menyewa jengkaut setiap kali menjalankan kerja penyelenggaraan paip. Saya berharap dengan adanya jengkaut mini ini, kita dapat menjimatkan kos. Peruntukan itu boleh digunakan untuk projek lain dilaksanakan PAIP setiap tahun," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama media melihat kerja penyelenggaraan paip bocor dan pecah dengan menggunakan jengkaut mini di Kampung Melayu Gambang, di sini, hari ini. Sementara itu, Penolong Pengurus Operasi PAIP Daerah Kuantan, Nik Mohd Fadzly Nik Ravi, berkata pihaknya menerima antara 30 hingga 50 aduan daripada pengguna berhubung kerosakan paip setiap hari. 

Katanya, penggunaan jengkaut mini mampu menjimatkan masa kerana proses penyelenggaraan hanya memakan masa sejam hingga 24 jam bergantung kepada jenis kerosakan. "Saya yakin dengan adanya jentera itu PAIP mampu menyelesaikan 80 hingga 90 peratus aduan, Dalam tempoh lima bulan tahun ini PAIP menerima sebanyak 1,557 aduan dan kita berjaya menyelesaikan 1,323 aduan secara berperingkat," katanya. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pengguna boleh menghubungi talian pusat khidmat pelanggan 09-5739999 untuk melaporkan aduan berhubung gangguan bekalan air. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top