[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Singapura Sita RM710 Juta Aset Berkaitan 1MDB !

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sudah menyita aset bernilai S$240 juta (RM710 juta) susulan siasatan dana berkaitan 1MDB atas dakwaan pengubahan wang haram, yang mendapati “kelemahan” dalam beberapa bank utama di bandar raya itu.
“Aliran wang yang disiasat itu termasuk yang berkait Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), dan Tanore Finance Corp. (BVI),” kata kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal Komersil.
MAS berkata ia sudah melakukan pemeriksaan ke atas Bank DBS, Standard Chartered dan UBS dan mendapati beberapa “kegagalan kawalan” dalam ketiga-tiga bank itu, di samping “kelemahan proses menerima penyimpan dan mengawal selia transaksi”.
“Terdapat juga kelewatan tidak wajar mengesan dan melaporkan transaksi,” kata kenyataan itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]