pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sita Aset 1MDB, Malaysia Sedia Beri Kerjasama !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan Amerika Syarikat, ekoran ti...
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan Amerika Syarikat, ekoran tindakan Jabatan Kehakiman negara itu memfailkan saman menyita aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion).
“Seperti dinyatakan sebelum ini, kerajaan Malaysia akan bekerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan sah terhadap syarikat atau rakyat Malaysia selari dengan protokol antarabangsa,” menurut kenyataan setiausaha akhbar kepada perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin.
Katanya, Datuk Seri Najib Razak sentiasa berpendirian undang-undang akan dilaksanakan tanpa pengecualian sekiranya berlaku kesalahan
Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Permohonan saman itu berkata salah laku berlaku sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai Malaysia dan rakan mereka yang berkonspirasi melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.
Akhbar New York Times sebelum ini melaporkan Jabatan Kehakiman dijangka turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, yang namanya sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Dipercayai saman itu merupakan kes terbesar yang dibawa Jabatan Kehakiman AS.
Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan berkata ia tidak dihubungi Jabatan Kehakiman dan tidak dinamakan dalam saman itu.
Syarikat itu bagaimanapun berkata akan memberikan kerjasama dalam sebarang siasatan berdasarkan nasihat penguatkuasa di Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, July 22, 2016 10:08:00 AM

Seluruh dunia tahu keributan 1MDB tapi yang peliknya semua permasaalahn tidak dijawab oleh najib sendiri pada yang yang mecipta sejrah 1MDB ini adalah Najib and the gang sebaliknya pemakan dsedak yang lebih sudu dari kuah agak setiap orang yang dipilih najib dalam kepimpinan dia telah arahkan hampa semua mesti bercakap bela aku jangan sekali-kali canggah arus itulah sebabnya stiap kali ada bukti dipaprkan dimedia pemakan dedak akan bersuara dari para politikus hingga kepengamal undang-undang dan tidak ketinggalan para ugamawan yang membuat pelbagai fatwa dengan pelbagai dalil demi untuk menghalalkan cara rakyat telah muak dengan pemimpin sekarang mereka bukannya membela rakyat tapi melindungi pesalah yang belum memberi keterangan sebenar,negara kita ada undang-undang kenapa pemimpin sekarang takut dengan undang-undang yang mereka sendiri luluskan.Tidak salah dan usah takut berterus terang jika kita berada dijalan yang benar Allah Maha Mengetahui usahlah memberi alasan dan dalih untuk mengelakkan diri dari perbutan salah diri kita sendiri.

 
Top