pahangdaily pahangdaily Author
Title: UMNO Kuantan Kecewa Atas Tindakan Ti Lian Ker
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: UMNO Bahagian Kuantan mendesak tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Ai...

KUANTAN: UMNO Bahagian Kuantan mendesak tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri minggu lalu. Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat (foto), berkata pihaknya juga menyokong penuh tindakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menghantar 'Nota Bantahan' kepada ahli parlimen dari DAP itu. 

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab Kor Ming memuatnaik status di laman sosial Facebook (FB) miliknya yang jelas menghina sambutan Aidilfitri itu, tidak boleh dimaafkan dan mengguris hati orang Islam di negara ini. 

"Setiap tindakan dilakukan Kor Ming perlu disertai dengan rasa tanggung jawab, .. jangan pula banyak bagi alasan. Reaksi Pemuda UMNO Wilayah adalah berpunca daripada provokasi dicetus Pengerusi DAP Perak itu sendiri dan saya rasa tidak ada salahnya mereka (Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan) berhimpun secara aman bagi menghantar 'Nota Bantahan' berkenaan.


"Tindakan Pemuda UMNO (Wilayah Persekutuan) adalah atas dasar mempertahankan integriti dan maruah orang Melayu, ...saya tidak nampak tindakan mereka itu salah dari segi undang-undang kerana ia berlangsung dalam suasana aman," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 


Wan Adnan juga menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pengerusi Biro Keharmonian MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker (foto) yang seolah-olah menyalahkan tindakan protes dilakukan Pemuda UMNO itu dengan menyamakan dan melabelkan perhimpunan terbabit dengan 'Himpunan Baju Merah' dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) tahun lalu. 

"Kenyataan dikeluarkan Lian Ker ini tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam Barisan Nasional (BN). "Beliau sepatutnya sensitif kerana tindakan (perhimpunan) itu disebabkan kebiadapan ahli Parlimen DAP yang cetuskan provokasi dan tidak peka dengan sensitiviti orang Islam. 

"Sepatutnya beliau (Lian Ker) sama-sama mengutuk tindakan Kor Ming dan bukannya menyalahkan Pemuda UMNO, ..ini sangat mengecewakan dan saya minta pucuk pimpinan UMNO dan MCA ambil tindakan sewajarnya kepada beliau," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top