pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wahid Omar Dilantik Pengerusi PNB Mulai 1 Ogos
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodala...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.
Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai Maybank, selepas menerajui transformasi Telekom Malaysia.
Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group. 
Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, Teraju dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera. 
Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini. 
"Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya, dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara
"Saya berharap agar Tun Ahmad Sarji akan terus berkongsi pengalaman dan menyumbang kepada pembangunan negara," kata Najib. -- Bernama

Advertisement

Post a Comment

 
Top