pahangdaily pahangdaily Author
Title: 1MDB: Senator AS Mahu Obama Kaji Semula Hubungan Dengan Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia. Me...

KUALA LUMPUR: Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia.

Mereka berkata, tindakan perlu diambil berikutan penolakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas siasatan kerugian US$11 bilion dan sumbangan derma US$700,000 1MDB yang sedang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Menurutnya, tanpa mengira keputusan siasatan tersebut, skandal itu telah membawa rekahan mendalam antara Najib dan institusi kerajaan berkenaan bagaimana untuk menangani perkembangan rasuah.

“Hasilnya, sokongan domestik Najib telah jatuh merudum dan krisis berterusan ini memburukkan lagi perbezaan kaum, agama dan mewujudkan persekitaran politik bahaya.\

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan jangka panjang Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menangani keganasan.

“Kami berharap untuk bekerja dengan anda untuk menyokong usaha-usaha mengembangkan perkongsian komprehensif bersama Malaysia berdasarkan kemajuan substantif ke arah demokrasi, undang-undang, anti rasuah dan hak asasi manusia,” kata Benjamin L Cardin dan John McCain dalam surat kepada Obama bertarikh 3 Februari itu.

Menurut mereka lagi, hubungan dengan Malaysia mestilah dibina melalui asas dan prinsip-prinsip demokrasi.

Katanya, tindakan Najib jelas telah menimbulkan kebimbangan apakah Malaysia merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai di rantau ini
.
“Kami berharap anda akan mengajukan permasalahan ini dalam mesyuarat bersama pemimpin Malaysia pada persidangan ASEAN Summit akan datang,” tegas mereka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top