pahangdaily pahangdaily Author
Title: Adnan: Semua Bahagian UMNO Di Pahang Mesti Berada Dalam "Election Mode"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LIPIS: Semua Bahagian UMNO di negeri ini diarah membuat persiapan untuk segera berada dalam ‘election mode’ bagi menghadapi Pilih...

KUALA LIPIS: Semua Bahagian UMNO di negeri ini diarah membuat persiapan untuk segera berada dalam ‘election mode’ bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Ini selain memastikan perpaduan dalam kalangan ahli sentiasa diperkukuhkan.

“… kita sekarang ini yang mustahak, satukan parti,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapan luar teks 41-minitnya sementara menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis pagi Sabtu, 13 Ogos di sini.

Asal jadualnya, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, menaiki helikopter dari Ibunegara untuk ke sini tetapi terpaksa berpatah balik ekoran kabus tebal di kawasan Banjaran Titiwangsa berhampiran Genting.


Berikutan itu berlaku kelewatan kerana beliau terpaksa mengambil tindakan alternatif dengan menggunakan jalan darat, yang kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga (3) jam untuk sampai ke sini.   

“Semua Bahagian (UMNO) mesti dalam ‘election mode’. Maknanya, bilik gerakan (perlu dilengkapkan dengan segala maklumat yang diperlukan)…  Tubuhlah jawatankuasanya, bila ‘priiit’ (PRU-14 diumumkan), jalan…,” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan.

Beliau yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri sekali lagi mengingatkan kepimpinan dan ahli-ahli parti supaya terus melaksanakan gerakan untuk memenangi hati dan jiwa rakyat.


Gerakan itu pula mestilah tidak kepada ahli-ahli parti atau mereka dalam kalangan Melayu semata-mata, tetapi turut melibatkan rakyat pelbagai latar belakang dan fahaman, serta kaum.     

“… gerakan untuk memenangi hati, jiwa rakyat – bukan sahaja ahli parti tapi juga orangramai, bukan sahaja orang Melayu tapi untuk semua kaum; mesti diteruskan,” katanya.

Dan beliau yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri menambah kata betapa; “Hanya cara ini sahajalah, kita boleh mengekalkan kuasa pemerintahan di tangan kita.
“Kalau rakyat bersama kita, insyaAllah (kita akan terus jadi pilihan dalam pilihanraya kelak). Dan untuk rakyat bersama kita, kita mesti menunjukkan yang kita bersama rakyat”.   

Selama inipun katanya, usaha memenangi hati dan jiwa rakyat banyak sudah dilaksanakan misalnya dengan pengenalan dan pelaksanaan pelbagai dasar dan langkah, demi untuk kesejahteraan rakyat-jelata.

“Kalau kita tengok sejak zaman Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, tidak ada satu dasar yang tidak berkait dengan rakyat yang diumumkan.


“Untuk bantu orang susah – BR1M (diperkenalkan). Untuk bantu orang yang kurang pendapatan (lalu ada pilihan untuk) beli barang murah sikit – KR1M, kedai Rakyat 1Malaysia.

“Yang tidak sanggup pergi ke hospital beratur ramai-ramai kemudian itu tak ada duit nak pergi ke klinik swasta – ada Klinik 1Malaysia, KL1M,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan menamakan antara dasar-dasar dan langkah-langkah pro-rakyat yang telah diumum dan dilaksanakan.
Dan menerusi dasar-dasar dan langkah-langkah sebeginilah menurutnya, ia menunjukkan bahawa kepimpinan dan ahli parti sentiasa ‘menghayati’ segala kemiskinan atau kesusahan yang rakyat-jelata hadapi.

Sehubungan itu, beliau memuji apa yang telah dan sedang dilakukan oleh wakil rakyat-wakil rakyat seterusnya ahli-ahli dalam Bahagian-bahagian UMNO serta ketiga-tiga sayapnya – Wanita, Pemuda dan Puteri; kerana sering melakukan ziarah ke atas golongan yang memerlukan, sambil menghulurkan bantuan.

Zirahan dan bantuan yang diberi beliau berharap, tidaklah secara ‘one-off’ sebaliknya dilakukan secara susulan dari masa ke semasa. “Saya harap, dalam usaha memenangi hati, jiwa rakyat ini, jangan sekali, ‘one-off’ (tetapi) mesti berkala.

“Maknanya, kalau kita beri orang (yang memerlukan) itu ‘pampers’ (pada ziarahan kali pertama); dua minggu, tiga minggu (kemudian) kita (hendaklah) hantar lagi ‘pampers’,” katanya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top