ADUN Beserah Mohon Supaya MPK Tangguhkan Caj Letak Kereta


KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah,  Andansura Rabu (foto) memohon pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar menangguhkan rancangan untnk mengenakan caj letak kereta di kawasan Balok dan Gebeng yang dijadualkan bermula September ini.

Ini katanya, kebanyakan pengguna adalah pekerja perkeranian yang berpendapatan rendah. 

“Jika caj letak kereta dikenakan, mereka terpaksa membelanjakan lebih dari RM100 setiap bulan daripada gaji mereka.

“Kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat menjadikan rakyat lebih tertekan dengan perbelanjaan yang perlu ditambah,” ujarnya.




Tambahnya, sistem pengangkutan awam tidak mampu menjadi alternatif untuk digunakan bagi mengelakkan daripada menggunakan kenderaan sendiri.

“Tolonglah jangan bebankan lagi rakyat...,” rayunya. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Dah miskin MPK..itulah kebijaksanaan institiusi dibawah BN mencari kewangan dengan membebankan pengundi..ADUN pun cedik juga kerana mintak tangguh bukan batalkan rancangan MPK sembelih pengguna..

Anonymous said...

Kebanyakan Rakyat Pahang sokong Umngok/BN kan.Terima jer Musibah ni.Pangkah lagi BN/Umngok

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]