pahangdaily pahangdaily Author
Title: Afandi: Jawatan 'Presiden FAM' Terbuka Kepada Warga Malaysia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan jawatan Presiden badan induk bola sepak itu terbuka untuk d...

PETALING JAYA: Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan jawatan Presiden badan induk bola sepak itu terbuka untuk ditandingi sesiapa sahaja dengan syarat calon mestilah warganegara Malaysia.
Namun Afandi berkata setiap calon haruslah dicadangkan mana-mana ahli gabungan FAM.
"Sesiapa saja boleh jadi calon dalam barisan exco termasuk Presiden.
"Cuma calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat satu pencalonan daripada mana-mana ahli gabungan FAM," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di sini, Isnin.
Malah beliau berkata mana-mana calon yang dicadangkan juga tidak perlu memegang sebarang jawatan dalam persatuan bola sepak negeri.
"Calon terbuka... tak perlu pegang mana-mana jawatan dalam negeri," katanya.
Sementara itu, Afandi turut mengumumkan pelantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman selaku pengurus skuad bola sepak Projek Sukan SEA 2017.
"Barisan exco yang bermesyuarat hari ini menamakan Datuk Rozabil sebagai pengurus skuad Projek Sukan SEA 2017. Kita serahkan kepada beliau untuk berbincang dengan ketua jurulatih Frank Bernhardt mengenai perancangan skuad itu," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top