pahangdaily pahangdaily Author
Title: AGR Holdings Berhad Lancar "Showroom" Baharu Di Kemaman !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KEMAMAN: Syarikat AGR Holdings Berhad yang menawarkan program kereta mudah milik kepada rakyat Malaysia hari ini melancarkan sebuah la...

KEMAMAN: Syarikat AGR Holdings Berhad yang menawarkan program kereta mudah milik kepada rakyat Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi showroom Pusat Pameran AGR Cartrade di Taman Banggol Indah dekat sini. 

Majlis pelancaran gilang gemilang itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terbabit iaitu Tn Arsyam Ahmad. Sempena dengan majlis tersebut tiga buah kereta Proton Saga FLX juga telah diserahkan kepada pelanggan yang berkenaan.



Program AGR Cartrade kini semkin meletup di pasaran kerana ia memberikan kemudahan yang cukup menarik untuk mereka yang menghadapi masalah untuk membeli kenderaan melalui agensi kewangan.

Malah, ia juga membuka peluang kepada orang ramai yang menghadapi masalah muflis (bankrap), disenarai hitam oleh CCRIS dan CTOS, pendapatan yang rendah akibat potongan gaji melebihi 60% bagi kakitangan kerajaan, mahasiswa serta warga asing yang mahu memiliki kereta. 

Dengan hanya membayar caj pra-booking serendah RM300 sahaja, anda layak untuk memiliki kereta idaman tanpa perlu membuat pinjaman daripada mana-mana agensi kewangan (bank).



Dengan program ini anda ditawarkan bantuan deposit secara sistematik dan kadar ansuran bulanan yang dipermudahkan. 

Apa yang penting ialah pembeli perlu mempunyai dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu, bil air atau elektrik, setuju membayar deposit bergantung kepada jenis kereta dan menandatangani  surat jual beli. Malah anda tidak perlu menyediakan salinan slip gaji atau pun mendapatkan penjamin untuk membuat urusaan ini.



Proses kelulusan tidak sampai 24 jam bergantung kepada stok kenderaan yang anda pilih. Program AGR Cartrade ini telah berjaya membantu beribu-ribu pembeli yang berhadapan dengan masalah kewangan serta gagal membuat pinjaman kenderaan di seluruh Malaysia. 

Dengan pelancaran showroom di Kemaman ini, ia dijangka akan melonjakkan lagi jualan kenderaan AGR Cartrade di Terengganu. Agen Jualan (Sales Agent) diperlukan di seluruh negara. Komisyen dan ganjaran lumayan menanti anda. 

Anda yang berminat untuk membeli kenderaan melalui syarikat ini, boleh hubungi talian hotline 012 3854400 untuk info lanjut. Sila WhatsApp / SMS Buyer_Nama_Alamat (untuk pembeli) atau Agen_Nama_Alamat (untuk jadi agen) #pdonews.

Advertisement

Post a Comment

 
Top