pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahmad Said Anggap ‘Normal’ Ahli Politik Terpalit Skandal Seks
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Adun Kijal Datuk Ahmad Said menepis dakwaan skandal seks yang kononnya membabitkan dirinya, dan berkata ia hanya cubaan m...
PETALING JAYA: Adun Kijal Datuk Ahmad Said menepis dakwaan skandal seks yang kononnya membabitkan dirinya, dan berkata ia hanya cubaan mencemarkan imejnya.
The Star melaporkan bekas menteri besar Terengganu itu berkata “normal” ahli politik dikaitkan dengan skandal seks.
“Sebelum ini, ada banyak tuduhan video seks, dan baru-baru ini ada video viral yang dikatakan membabitkan seorang ahli politik senior.
“Orang zaman sekarang semakin terdesak dan saya tidak mahu komen lebih lanjut,” katanya dipetik sebagai berkata kepada The Star.
Baru-baru ini terdapat video dan gambar seks, dikatakan bertarikh 2009, mula diedarkan semula di media sosial.
Isu video seks itu pada awalnya dimuat naik di sebuah blog sebelum tersebar di Internet.
Ketua Umno Bahagian Kemaman itu tidak sefahaman dengan Ahmad Razif, yang dilantik menjadi menteri besar selepas beliau dipaksa meletakkan jawatan itu pada Mei 2014.
Pada Mac lalu, Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di persidangan DUN, tetapi speaker menolaknya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, August 11, 2016 5:26:00 PM

Udah jadi trend orang umno bila bergaduh keluar lah video seks dan skendel..kepala orang umno ni memang blue?ada pakar dlm umno boleh buat video seks seperti. thamby chik..dah bolehlah partilain ambilalih untukmemacu negara ke depan..asheikh Jho lo sepatutnye dlm proses pendakwaan tapidibiarkan oleh najib

 
Top