pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahmad Said Tinggalkan Sidang DUN Terengganu Lebih Awal
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA TERENGGANU:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang dijangka membuat satu langkah dramatik pada pers...

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang dijangka membuat satu langkah dramatik pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin, dilihat meninggalkan dewan semasa sesi rehat, kira-kira jam 10.45 pagi.

Ditanya mengenai langkah seterusnya, bekas menteri besar itu berkata masih tiada apa yang telah diputuskan dan meminta wartawan supaya 'tunggu dan lihat'.

"Saya tidak melihat sebarang agenda. Apa yang saya seorang boleh lakukan," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang rancangan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyelesaikan isu yang timbul, Ahmad Said berkata beliau menyerahkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau seolah-olah sudah bersedia dengan jawapan 'Saya tidak tahu' terhadap semua soalan-soalan yang diajukan.

Situasi sebegini bukanlah biasa untuk Ahmad Said yang sebelum ini bersikap lantang terhadap sebarang jenis 'ancaman' dan pilihan yang diberikan.

Sementara itu Adun Ajil Ghazali Taib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas berkata beliau tidak pasti mengenai usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

"Kami semua berada dalam satu pasukan. Apa yang saya bangkitkan sebelum ini adalah satu perkara yang baik dan tidak memudaratkannya.

"Apa yang saya lihat ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang mahu melihat sesuatu berlaku.

"Tetapi yang saya harapkan adalah persidangan akan berjalan lancar dan tiada apa yang berlaku," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top