pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anak Beranak Kena Cekup Di Syaki Edar Dadah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tiga termasuk dua beranak dicekup bersama 10 bungkusan plastik disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 4.5 kilogram dan ...

KUANTAN: Tiga termasuk dua beranak dicekup bersama 10 bungkusan plastik disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 4.5 kilogram dan syabu seberat 404.76 gram dalam satu pemeriksaan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Jumaat lalu.

Dalam pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Bandar Pusat Jengka kira-kira jam 4.30 pagi itu, polis menahan sebuah kereta mewah jenis BMW yang dinaiki tiga lelaki berusia 24 hingga 46 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat berkata, nilai anggaran keseluruhan dadah yang dirampas kira-kira  RM228,903.

Menurutnya, suspek berusia 46 tahun yang juga ahli perniagaan  dipercayai menjadi dalang kepada aktiviti pengedaran dadah berkenaan.

“Manakala anaknya bersama suspek ketiga berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai menjadi pembantu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek utama memiliki 17 rekod jenayah lampau manakala dua lagi suspek tiada rekod jenayah,” katanya kepada media pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, semalam.

Thiam Huat berkata, ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati mereka bebas sebarang pengaruh dadah.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan, suspek mengaku mengedar dadah dan memperoleh bekalan dari Pulau Pinang dan dipercayai akan diedarkan untuk pasaran di Maran, Temerloh dan Jerantut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis kini masih meneruskan siasatan untuk mengesan ahli-ahli sindiket dadah yang masih bebas.

“Kesemua suspek di reman selama seminggu sehingga 4 Ogos ini untuk siasatan lanjut  mengikut  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top