pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anina: Muhyiddin Presiden Parti Baharu, Fokus Bumiputera
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik ...
KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain.
“Fokus parti baharu ini adalah kepada bumiputera, malah nama parti juga sudah ditetapkan cuma tunggu pengumuman rasmi nanti,” kata bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, yang turut serta dalam perbincangan tiga jam malam semalam di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perbincangan itu bersetuju Dr Mahathir dilantik pengerusi, dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai Setiausaha.
Selain Anina, tiga lain ialah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi dan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman.
Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.
Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut serta dalam mesyuarat semalam, berkata pendaftaran parti akan dilakukan dalam masa terdekat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top