pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anwar Sokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia Untuk Tumbangkan Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Bekas ketua pemb...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas ketua pembangkang itu berharap pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan menggerakkan parti baru itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat, berkata beliau akan mendengar berkaitan pembentukan parti baru itu.

“Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya ketika diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau diminta mengulas berkaitan parti itu yang dipimpin Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Didaftarkan Selasa lalu, parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
BERSATU dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Najib dalam pilihan raya umum akan datang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top