pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: PKR Sedia Berunding Agihan Kerusi Dengan BERSATU
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  PKR akan mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai kerusi yang akan ditandingi pakat...

SHAH ALAM: PKR akan mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai kerusi yang akan ditandingi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu, tiada apa yang menghalang mana-mana pihak daripada membentuk barisan pembangkang di peringkat kebangsaan dan perkara berkaitan agihan kerusi akan ditangani.

"Ini adalah tentang pertimbangan serta perbincangan dan bukannya perebutan kerusi.

"Kenapa ada banyak kebimbangan mengenai Parti Bersatu? Apabila sesuatu kerusi ditubuhkan, ia pasti akan bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada media selepas mempengerusikan perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Azmin mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad bahawa parti baru merancang untuk bertanding di beberapa kawasan PAS dan PKR.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri, pihaknya akan berunding dengan kedua-dua parti berkenaan.

Ketika ditanya sama ada PKR bersedia untuk melepaskan kerusi kepada Bersatu, Azmin berkata perkara itu akan dibincangkan sambil menambah bahawa PKR telah melalui proses yang sama apabila ia ditubuhkan pada tahun 1999.

"Kami berbincang dengan DAP, PAS dan beberapa parti politik lain dan dengan persetujuan bersama, kami berjaya mendapatkan beberapa kerusi.

"Jadi saya rasa proses ini akan dibincangkan kemudian (dengan Bersatu)," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top