pahangdaily pahangdaily Author
Title: Balak Haram Kampung Orang Asli Pian Di Dalangi Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Belum reda isu pembalakan haram di Hutan Ulu Tembeling, kini aktiviti itu dikesan di Matau berhampiran Kampung Orang Asli Pian...

KUANTAN: Belum reda isu pembalakan haram di Hutan Ulu Tembeling, kini aktiviti itu dikesan di Matau berhampiran Kampung Orang Asli Pian, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Aktiviti itu dibongkar NGO alam sekitar – Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Pahang, baru-baru ini. Menurut Adun Semambu, Lee Chean Chung, notis henti kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri terhadap sebuah syarikat pembalakan, namun tiada pihak tampil bertanggungjawab.

Malah tiada sebarang sebarang tahanan dilakukan dan tiada sebarang jentera pembalakan yang dirampas dan disita. “Persoalan utama, di manakah sistem penguatkuasaan pihak Jabatan Perhutanan Negeri sehingga pihak berkuasa yang bertanggungkawab tidak sedar insiden pembalakan haram secara berleluasa ini, melibatkan lebih daripada 1,000 kayu balak ditebang secara haram?

“Jabatan Perhutanan perlu memberi penjelasan tentang Prosedur Operasi Piawai  (SOP) jabatan berkenaan dalam mengawasi aktiviti pembalakan haram di Pahang dan bagaimana pihak perkenaan memastikan supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku,” tegas Chean Chung dalam kenyataan.

Mengecam keras pembalakan haram tersebut, Pengerusi Biro Alam Sekitar KEADILAN itu mendesak siasatan segera dijalankan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Laporan siasatan perlu didedahkan dan rakyat berhak tahu sama ada terdapat pegawai Jabatan Perhutanan yang dilibatkan dalam aktiviti pembalakan haram tersebut,” katanya.

Peka Pahang turut mendedahkan terdapat unsur rasuah dalam aktiviti itu di mana pembalakan tersebut dimulakan selepas Ketua Kampung Kampung Asli yang berhampiran menerima sumbangan wang tunai daripada syarikat pembalakan.

Chean Chung berkata, siasatan terhadap dakwaan tersebut perlu dijalankan dan seandainya terdapat elemen rasuah dalam isu ini, pihak SPRM perlu membuat siasatan terhadap kes ini.

“Saya memberi tempoh seminggu kepada Jabatan Perhutanan bagi memberi penjelasan terhadap isu ini. Jika tidak, laporan SPRM akan dibuat bagi menyiasat sama ada terdapat pegawai Jabatan Perhutanan yang cuba untuk menjaga kepentingan sesetengan pihak terbabit dalam kes ini,” ujarnya.

Siri pencemaran alam sekitar antaranya Lynas, bauksit dan penebangan hutan secara haram di Pahang sebelum ini mencetuskan isu akibat kegagalan pihak berkuasa kerajaan negeri menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan tegas untuk menghentikannya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top