pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bekas Pengawal Keselamatan Di Dakwa Terlibat Militan IS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH:  Seorang wanita berusia 43 tahun didakwa atas dua pertuduhan kerana menyokong militan Negara Islam (IS) di Mahkamah Majistret di s...

IPOH: Seorang wanita berusia 43 tahun didakwa atas dua pertuduhan kerana menyokong militan Negara Islam (IS) di Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Zilah Tahuddin, bekas pengawal keselamatan tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 8.30 pagi diiringi tiga pegawai polis.

Ahli keluarganya kelihatan menangis apabila pertuduhan dibacakan kepada Zilah.

Zilah dituduh menggalakkan dan menyokong kegiatan militan melalui aplikasi mesej Telegram di rumahnya di Jalan Dato Ahmad Said di sini pada 18 Julai.

Majistret Suhaima Mohd Noor menetapkan 20 September ini untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab berkata beliau akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zilah berhadapan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan atau denda dan pelucutan apa-apa harta yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan berkaitan dengan kesalahan itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top