pahangdaily pahangdaily Author
Title: Chegu Bard Pertikai Selangor ‘Lajukan’ Kelulusan Status Tanah Wetland
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan bagaimana kerajaan negeri Selangor boleh meluluskan pertukaran status sebi...
KUALA LUMPUR: Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan bagaimana kerajaan negeri Selangor boleh meluluskan pertukaran status sebidang tanah seluas 619 hektar dalam kawasan Paya Indah Wetland, daripada tanah pertanian kepada kawasan pembangunan kepada sebuah syarikat pemaju pada 2015.
Badrul Hisham, yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard turut menyatakan kehairanan apabila Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama geran tanah tersebut kepada syarikat itu pada 9 April, 2015 yang disifatkannya “dilajukan”.
Beliau memberitahu sidang media di sini hari ini, pada 17 Februari 2015, majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selaku menteri besar, meluluskan pertukaran status tersebut selepas pengezonan semula.
Wetland atau tanah lembap adalah kawasan diliputi separuh atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek dan ia dianggap sebagai ekosistem paling besar dengan kepelbagaian biologi.
Badrul Hisham berkata majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 24 Januari 2015 mengesahkan Perubahan Rancangan Tempatan (RT) Kuala Langat meliputi sebahagian tanah dalam Paya Indah Wetland dan hutan simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan pembangunan.
Beliau turut mempertikai bagaimana kelulusan pertukaran status itu disegerakan sedangkan ramai ketika itu mengeluh kerja pembangunan tanah dan pelingkungan semula atau pengezonan semula di Selangor banyak tertangguh kerana isu tiada bajet.
Beliau mendakwa lot tersebut diberi milik kepada seorang individu yang memegang tanah tersebut pada 1994, ketika Selangor masih di bawah kerajaan BN, namun empat menteri besar “tidak berani” menukar status tanah tersebut untuk dibangunkan kerana ia terletak dalam Zon Hijau Paya Indah Wetland, iaitu kawasan khazanah alam yang penting.
Menurut rekod, Jabatan Alam Sekitar membantah keputusan kerajaan negeri menukar status tanah itu daripada tanah pertanian kepada bangunan kediaman.
Badrul Hisham berkata permohonan pertukaran status yang terakhir pada Februari 2014 juga ditolak.
Badrul Hisham, yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, SAMM membentuk satu pasukan terdiri daripada aktivis alam sekitar, peguam dan ahli akademik untuk meneliti beberapa fakta dan dokumen dalam usaha menjejaki jika ada proksi dalam projek yang bernilai berbilion itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top