pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Ahmad Marthada: Parti Baharu Cabaran Besar Buat UMNO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  Penubuhan parti baharu yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bakal memberi cabaran ...

SHAH ALAM: Penubuhan parti baharu yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bakal memberi cabaran besar kepada Umno selepas ini.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed (foto) berkata, parti baharu tersebut semestinya menyasarkan ahli dari kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang merupakan kubu kuat Umno buat masa ini.

“Jadi Umno sekarang terpaksa bersaing dengan parti ini yang turut menjadikan kebajikan orang-orang Melayu sebagai agenda utama mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.

Dalam pada itu, Marthada berkata, kebanyakan ahli-ahli Umno yang dibuang dan tidak berpuas hati dengan keadaan parti kini dilihat cenderung untuk menyertai pakatan baharu tersebut.

“Ini adalah kerana barisan kepimpinan parti baru itu juga adalah dari kalangan bekas pemimpin besar Umno sebelum ini.

“Dan sudah semestinya mereka akan mengikut jejak bekas-bekas pemimpin Umno tersebut selepas ini," katanya.

Selain itu, ketika ditanya mengenai masa depan parti baharu tersebut, Marthada berkata, ia bergantung kepada matlamat dan agenda sebenar perjuangan parti tersebut.

Katanya, sekiranya agenda parti baharu tersebut bersifat khusus maka agak sukar untuk ia bertahan lama dan mendapat sokongan daripada rakyat negara ini.

“Namun jika ia merupakan alternatif kepada Umno dan memperjuangkan agenda yang sama.

"Ia mungkin mampu bertahan sekiranya rakyat merasakan perjuangannya adalah sesuai dengan kehendak masyarakat Melayu luar bandar,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top