Dr Mahathir Taksub Kepada Kuasa Dan Kawalan - Najib


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan salah seorang pengkritik beliau sangat "taksub mengenai kawalan".

Sambil mengakui bahawa pemimpin terdahulu itu adalah mentornya dan sangat menyokong beliau sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir bagaimanapun mempunyai kecenderungan mengawal.

"Beliau mahu memainkan peranan dalam membuat keputusan kerajaan walaupun beliau tidak lagi menjadi perdana menteri," kata Najib ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir dalam temu bual dengan MetroTV Indonesia.

Temubual yang direkodkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Jakarta baru-baru ini telah disiarkan di TV1 pada Jumaat malam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]