FAM: Rahsia Pen Drive, Terpulang Kepada TMJ Untuk Buat Laporan


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (foto) berkata, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai hak untuk mendedahkan bukti penyelewengan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu yang didakwa disimpan dalam pemacu pena yang dimilikinya.
"Ia pilihannya untuk buat laporan atau tidak. Terpulang kepada beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini, Isnin.
Menurut Abdul Mokhtar, dakwaan penyelewengan itu bagaimanapun tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut kerana FAM telah mengeluarkan kenyataan balas mengenainya.
"Setiausaha Agung (Datuk Hamidin Mohd Amin) sudah menjawab perkara ini. Kita juga sudah keluarkan kenyataan balas yang jujur kepada media.
"Kita sudah jelaskan kerana kita ada integriti dan mahu memperbaiki kelemahan kita. Kita juga mahu bersihkan 'rumah' ini," katanya.
Baru-baru ini, Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers mendedahkan beliau memiliki satu pendrive (pemacu pena) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sejak 30 tahun lalu.
Dakwaan itu menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertemu dengan Tunku Ismail di Johor Baru untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pendedahan dibuat oleh Tunku Ismail mengenai dakwaan penyelewengan dalam FAM. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]