pahangdaily pahangdaily Author
Title: Felda Hanya Jadi Alat Dan Gagal Di Bawah Najib, Kata Musa Hitam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdu...
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini hanya dijadikan alat oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak bagi meraih undi Melayu luar bandar.
Dalam buku terbaharunya “Frankly Speaking”, Musa turut mempersoalkan pelantikan individu yang terpalit dengan tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda.
Musa, yang pernah mempengerusikan Felda, berkata Najib menjadikan Felda sebuah syarikat yang disenaraikan dengan harapan dapat meraih sokongan pengundi luar bandar melalui tawaran saham.
“Perkiraan politiknya mudah. Sekiranya Najib menggunakan Felda mendapatkan sokongan Melayu, peluangnya kekal berkuasa adalah baik. Malangnya, Felda kini menjadi masalah serius kepada kerajaan,” katanya, yang menjelaskan nilai saham Felda jatuh daripada RM5.39 pada Jun 2012 kepada RM1.54 setakat Mac tahun ini.
Katanya walaupun harga kelapa sawit sedunia memainkan peranan dalam kejatuhan nilai saham Felda, ia turut dilanda masalah salah urus dan rasuah.
Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa turut mempersoalkan kriteria pelantikan jawatan tertinggi Felda.
“Felda kini ditadbir seorang pemimpin kanan Umno yang pernah digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang,” kata Musa, dipercayai merujuk bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Abdul Samad, yang dilantik pengerusi Felda pada 2010, dua tahun selepas tamat tempoh penggantungannya.
Nasib Tabung Haji
Musa melahirkan kebimbangan nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bagi membantu umat Islam menunaikan haji.
“Saya seorang pemegang akaun Tabung Haji, tetapi kalau pun bukan, saya tetap akan bimbang,” tulis beliau merujuk kontroversi pembelian tanah daripada 1MDB pada harga tinggi.
“Najib seakan tidak ada jawapan untuk semua masalah ini,” tambah Musa.
Beliau bagaimanapun berkata pengkritik paling lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu cermin diri.
“Bagaimana pula anda,” soal seorang penulis blog kepada bekas bosnya ketika menjadi timbalan Dr Mahathir selama 5 tahun sebelum meletak jawatan beberapa bulan selepas insiden berdarah Kampung Memali pada November 1985.
“Anda lupa yang anda menyebabkan kerugian berbilion ringgit dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada 1983,” kata beliau. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top