Fitnah RM 90 Juta, PAS Dalam Proses Saman Sarawak Report


KOTA BHARU: PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, proses tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Lujnah Guaman parti.
"Proses untuk menyaman Sarawak Report sedang berjalan sekarang termasuk untuk melantik peguam (di London)," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Muslimah Antarabangsa Kelantan di sini, Isnin.
Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di London itu mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sekaligus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]