pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gambar Rosmah Dan Sultan Pahang Telah Di Manipulasi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pemuda Umno Bahagian Kuantan dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat laporan polis berhubung perbuatan ...

KUANTAN: Pemuda Umno Bahagian Kuantan dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat laporan polis berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kuantan Datuk Wan Solihin Wan Hassan (foto) berkata beliau dan wakil Belia 4B Kuantan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 5.30 petang.

"Penyebaran gambar yang tersebar dalam media sosial itu jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang berkenaan sehingga sanggup melibatkan Sultan Pahang serta pemimpin negara dan isteri.

"Saya percaya penyebaran gambar-gambar ini menunjukkan niat tidak baik terhadap Sultan Pahang dan Datin Seri Rosmah.

"Sehubungan itu laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu seterusnya menghadapkan si pelaku ke muka pengadilan bagi membolehkan hukuman dikenakan terhadap mereka," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top