pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ibrahim Ali: Perkasa Syak Ada Agenda Di Sebalik Roboh Ampang Park?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengesyaki ada agenda tersembunyi dalam rancangan perobohan pusat beli-belah Ampang Pa...
KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengesyaki ada agenda tersembunyi dalam rancangan perobohan pusat beli-belah Ampang Park untuk pembinaan stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT).
“Siapa yang tak curiga? Projek yang bakal dijalankan terletak kira-kira 400 meter dari tapak bangunan. Kenapa sampai perlu robohkan seluruh bangunan?
“Mereka kata nak korek untuk buat terowong pejalan kaki di bawah. Kalau ikutkan, banyak lagi pembinaan projek MRT dibina di bawah bangunan.
“Kita takut ada pihak tertentu yang sengaja guna alasan pembinaan MRT walhal ada agenda tersembunyi. Mungkin ada udang di sebalik batu,” katanya pada sesi dialog bersama kira-kira 50 pemilik strata dan penyewa Ampang Park, hari ini.
Sehubungan itu, Ibrahim merayu perdana menteri, menteri Wilayah Persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur membantu menyelesaikan isu itu.
“Bangunan ini ada nilai sejarah tersendiri. Ia antara bangunan tertua di Kuala Lumpur dan kalau kita lihat pusat beli-belah ini banyak membantu peniaga bumiputera dan kaum lain mencari rezeki. Ampang Park sebati dengan warga Kuala Lumpur yang turut membantu golongan pertengahan berniaga,” katanya.
Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan 39 pemilik strata Ampang Park untuk mencabar keputusan pengambilan tanah bagi pembinaan Stesen MRT Ampang Park, kerana hakim berpendapat pengambilan tanah oleh kerajaan atas alasan keselamatan adalah sah di sisi undang-undang dan wajar.
Sementara itu, seorang pemilik strata yang mempunyai tiga premis di Ampang Park mahu MRT Corp memberi penerangan dan menunjukkan pelan pembangunan projek itu kepada semua pemilik dan penyewa.
“Saya difahamkan lorong pejalan kaki itu terletak di bahagian belakang bangunan.
“Saya juga tidak jelas rangka pelan dan hairan kalau di Bukit Bintang mereka boleh korek tanah untuk projek pembinaan bawah tanah tanpa perlu merobohkan mana-mana bangunan di sekitar itu, kenapa Ampang Park perlu menjadi mangsa?” soalnya yang sudah berniaga di pusat beli-belah itu selama 20 tahun. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top